Sunday, April 8, 2012

KAU YANG TAK MENGERTI

hurmmm..malam2 buta sempat ag meng'update' entry ni. sbb terkilan sangad gase. so, bek luah kat sni. lagi baek.smbil dgr lagu BIAR  BERJAUHAN, Kapilla. fuhhh..mendayu gler malam2 buta layan lagu ceng gini .ak frust sangat gase malam ni. sbb 2 3 hari ni memg penad sangad dan tido pon ta cukOp. tapi dia sangad ta mengerti. n thanks sbb gisau kan saya. sy hargai. tp sy perlukan rest.2 je n nak tdo. tp awak tau, sy tdo awk tetap kol sy. kepala yang tak sakit pon jd sakit ugk. tolong la awk..!! cara awak 2 salah. spatotnya awk biarkn sy rest. ni x, taw nak ckap je ngn saya. sy dh sedaya upaya ta nak cakap kasar ngn awk, tp sy terpaksa ugk sbb sikap awk 2. pape pums, MINTAK MAAF BANYAK2..utk persoalan awk 2, ta salah awk ad di sisi sy tyme sy sakit, tp cara awk salah..awk ggu sy tyme tdo, tyme sy nak rest. cm ne sy na sihat?? beri sy ruang utk bersendirian. ok??!! saya harap awk mengerti. bukan ta rndu, tapi keaadaan skrg ta sesuai ag nak rindu2 neh. bz..!!! layan lagu jap..lalalallalaaa....( huhuhu..sbenarnya lapar kalo bgun mlam2 ceng gini )


walau berbagai cara mu..
tp tnyata lah sia2 saja..
biar lah aku..
dengan cara ku....
(..............................)
ta perlu berkirim salam
tak pelu bertanya khabar
tek pelu memujuK hati
mengambil hati ini....

Monday, January 9, 2012

MIMPI BURUK

emmm....orang kata mimpi itu mainan tido, mungkin ugk betol dan ad ugk mimpi itu memberi suatu petanda pada kita.dan malam tadi, mimpi  buruk dan sgt takot..mimpi dirogol oleh 2 laki n pastu perut ak ditusuk dengan lembing. dahsyat kan?? tapi, hanya keluar 2 3 titis je darah...keadaan tak lah kecoh sgt mase tu. then, ad someone yg turun dr langit, yang berada dalam sangkar buluh. walaupn sangkar buluh, tp sngt comel. sbb dihiasi dengan lampu yang warna warni. 2 kali sangkar tu turun ke bumi.die datang sbb nak bwak ak g klink. tp ad org tye nape die sorg je yg dtg amk, die jwab die pon sakit ugk..nk g glinik..emm, tapi ak tak naek sangkar tu, x taw nape..laki dalam sangkar tu bertubuh sasa, tapi ak x nmpak sgt muka die,kabur ...tp aty ak yakin sgt laki ensem.pelik sgguh kan mimpi tu?? sedar2 je perut ak sakit dan ak tak rasa cam mimpi pon. seolah2 mimpi tu adalah relaiti, berada di dunia nyata..2 hanya mimpi je...

YA ALLAH, KAU LINDUNGI LAH AKU DARI SESUATU YG BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA KU..SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI SEGALANYA SAMA ADA YANG TERSEMBUNYI ATAU TERANG-TERANGAN...

Tuesday, January 3, 2012

U MAKE ME NEVES

u make me neves?? truly neves..waiting for long time and today i got it. R.E.S.U.L.T...hehehe...thanks to GOD. I got 3.5 sometim finally. but im still frustrated. but its ok and worth it with my efforts last sem. last minute stdy..never give up. it has more time to stdy and achieve wats i want. hope my mum and dad proud of me and i will prove 2 them that i can success.struggle to excellent..INSYAALLAH...Congrats to all my fren score the highest result.








SAYE X PANDAI NAK SPEKING BUT IM TRY...WE CANNOT LEARN ENGLISH BUT WE USE IT. AM I RITE??

Saturday, December 24, 2011

KEJINYA SETITIS ARAK....

Kenapalah manusia zaman sekarang gemar sangat minum air kencing syaitan ni. Tidak kira orang Islam atau agama lain, kebanyakan agama-agama selain Islam juga melarang penganutnya meminum arak. Sebagai contohnya agama Kristian. Tertulis dalam Bible:
“Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu.”(Ephesians, 5:8)
Ini sebagai bukti bahawa agama lain juga melarang penganutnya meminum arak.
Ramai diantara kita yang beragama Islam tanpa segan silu meminum arak dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan arak sedangkan betapa besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w. telah melaknat sepuluh golongan manusia yang terlibat dengannya.
Anas r.a. berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya.” (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316)
Apabila diteliti sepuluh golongan manusia yang tersenarai dalam hadis di atas, satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu setiap orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknat Baginda S.A.W.
Setiap sen yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan dengan arak, pasti menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan akhlak dan institusi keluarga.
Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T sekiranya tiada pihak yang cuba memeranginya.
Peminum arak sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara berbahaya, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal, lantas dia akan bertindak di luar kawalan akal.
Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah difitnah oleh seorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.
Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk kedalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu.
Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata: “Aku memberimu tiga pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu.”
Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pililhan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ialah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.
Akhirnya ia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu. Kisah diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam kitab al-Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.
Kisah ini menunjukkan bahawa betapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan, tetapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Arak adalah ibu segala maksiat.” (Riwayat al-Nasa’i no. 5666)
Amatlah benar pengharaman arak dalam ajaran Islam. Walaupun arak telah sebati dan menjadi minuman kegemaran masyarakat arak, Rasulullah S.A.W tidak pernah teragak-agak untuk menguatkuasakan pengharamannya.
Baginda mungkin berdepan dengan risiko dibenci oleh masyarakat arab dan juga risiko berkurangnya pendapatan negara Madinah daripada cukai arak, tetapi keutamaan diberikan demi mencari keredhaan Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya. Wawasan Baginda bukan sekadar berjaya di dunia, tetapi kemenangan hakiki adalah dengan mendapat syurga Allah S.W.T di akhirat kelak.
 JANGAN SESEKALI MENYENTUH AIR KENCING SYAITAN KERANA IA AKAN MENYESATKAN KITA..MNTA2 DIJAUHKAN..NAUZUBILLAH....